Tuesday, October 7, 2014

Kelas Khas bersama En. Fuad

Saya bersama beberapa orang lagi rakan sekelas telah membuat temujanji bersama En Fuad pada 21/9/2014 (Ahad) pada pukul 3-4 petang untuk belajar dengan lebih dekat tentang asas fotografi terutamanya untuk menggunakan DSLR dengan mode Manual aka Fully Manual.

Dalam kelas tersebut, En Fuad menerangkan tentang Menu asas yang terdapat pada DSLR jenis NIKON. Kemudian, En Fuad menerangkan kembali tentang penggunaan ISO, Shutter Speed dan Aperture. Setelah mahir tentang penggunaan 3 perkara asas dalam fotografi, kami diberi peluang untuk cuba mempraktikkan pembelajaran kami. Setelah berjaya untuk mendapatkan gambar yang mempunyai kecerahan normal, En Fuad memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan suatu gambar yang dapat menceritakan pada orang ramai motif gambar tersebut serta teknik-teknik untuk menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik.


Jutaan terima kasih kepada En Fuad kerana sanggup meluangkan masa mengajar kami walaupun percuma.

No comments:

Post a Comment