Tuesday, September 23, 2014

Minggu 2 (Suai Kenal dengan Kamera)

18/9/2014, UTM Johor Bahru
Minggu ni merupakan minggu untuk kumpulan pertama membuat perbentangan berdasarkan topik yang telah mereka pilih. Namun setelah tiba di kelas, Dr Shah tiba-tiba menyuruh kami semua untuk ke makmal fotografi yang mempunyai backdrop studio dan still life table.


Sepertimana didalam gambar di atas, terdapat beberapa jenis kamera ada di atas still life table tu. 



  • Pertama, Nikon FM2


Kamera Fully Manual yang menggunakan film(Kodak, Fujifilm, Agfa, Konica)


      •  Kodak = sesuai untuk skintone
      • Fujifilm = sesuai untuk landscape
      • Agfa = sesuai untuk peminat gambar warm
      • Konica = sesuai untuk menampakkan langit berwarna biru


  • Kedua, Nikon D1
Nikon D1


      • Diperkenalkan pada 15 Jun 1999
      • UTM satu2nya universiti yang memiliki Nikon D1 ni pada masa dulu
      • 2.7 megapixel dan 4.5 frames per second


  • Ketiga, latest DSLR 
Nikon D3100




  • Keempat, Hasselblad
Hasselblad


      • Kamera paling mahal yang pernah di beli. (hampir RM80k)
      • Tergamam dengan harga terus tak dengar penjelasan pasal kamera ni


  • Keenam, Twin Lens
Yashica Mat 124G (macam nama aku ja)


      • Satu lens untuk fokus satu lens untuk capture gambar
      • Tengok dari atas untuk amik gambar
      • Mat 124 dah macam tribute kat aku pulak.Nama aku Mat, lahir 12 April (saja cerita)
      • Ada sesiapa yang nak hadiahkan kat aku boleh cari kat LOMO-CREWZ.

Kemudian setelah kami diperkenalkan dengan kamera dari zaman aku belum lahir hingga sekarang, kami didedahkan pula dengan basic element of photography iaitu Shutter Speed, Aperture, ISO sensitiviy

  • Shutter Speed



Shutter speed ini ialah kepantasan bukaan tertingkap yang menutupi sensor (bagi digital camera) atau film (bagi kamera film). Contoh Shutter Speed yang laju ialah 1/1000 (nombor penyebut besar) dan speed yang slow ialah 1/2 (nombor penyebut kecil)Ini adalah kegunaan Shutter Speed
Faham?



  • Aperture


Aperture adalah lubang pada diafragma tempat berlalunya cahaya. Nilai aperture dibaca sebegini f/22, f/11, f/5.6, f/1.8, f/1.4. Semakin besar penyebut, semakin kecil bukaan kerana menurut matematik apabila penyebut besar, nilai pecahan tersebut ialah kecil. Sebagai contoh, 1/22=0.04545455 dan bagi 1/1.8=0.555556. Tengok bukaan aperture dibawah dan kesannya terhadap kedalaman medan fokus (depth of field)

Faham?




  • ISO Sensitivity

Bagi kamera SLR, ISO sensitivity ini merupakan tahap sensitivity film terhadap cahaya manakala bagi kamera DSLR pula, ISO sensitivity ini merupakan tahap sensitivity image sensor di dalam kamera. Nilai ISO sensitivity dibaca seperti ini: 100, 200, 400, 800, 1600. 

Fujifilm ISO 800


Kodak ISO 400


Agfa ISO 100


Konica ISO 400



Kalau anda perasan, ISO sensitivity ini meningkat sekali ganda dari nilai ISO sebelumnya. Jadi jika nilai maksimum ISO sensitivity anda di dalam kamera ialah 1600 dan kemudian Hi1 dan Hi2 ini bermakna Hi1 itu mewakili ISO 3200 dan Hi2 mewakili ISO 6400. Ini merupakan effek ISO pada gambar.


Faham?

P/S: ISO yang tinggi akan menyebabkan gambar anda akan noise/grain (kelimumur) pada gambar. Penggunaan ISO yang rendah akan menjadikan gambar anda CLEAR ibarat rambut tanpa kelimumur






Kesimpulannya, penggunaan shutter speed, aperture dan ISO sensitivity ini adalah untuk mengimbangkan tahap kecerahan gambar (Exposure). Terdapat 3 kategori kecerahan gambar iaitu under exposed, normal exposed dan over exposed


Faham?


Jutaan terima kasih kepada Cik Fuad kerana telah berkongsi ilmu dengan kami tentang kamera dan basic fotografi. Terima Kasih.



ni la Cik Fuad
Sekian. Adios


Credit to google diatas gambar2 anda yang sangat membantu.





No comments:

Post a Comment