Monday, October 13, 2014

Minggu Ke 4






Kelas hari ini diteruskan lagi dengan kelas flash dan studio daripada En Fuad.

FLASH
Pertama sekali En. Fuad menerangkan tentang flash termasuk jenis-jenis flash namun En. Fuad menyarankan agar kami membeli flash daripada company pembuat kamera itu sendiri, contohnya Canon dan Nikon walaupun harganya agak mahal namun fungsi dan ketahanannya lebih bagus berbanding flash yang murah.

OK. Fungsi flash ini adalah untuk membantu photographer untuk menambahkan kecerahan kepada gambar yang ingin dihasilkan. Flash ini selalunya digunakan bagi tempat-tempat yang gelap seperti di dalam bilik dan di dalam dewan. Namun flash ini juga kadang kala digunakan bagi gambar outdoor walaupun tahap kecerahan outdoor mampu menghasilkan gambar yang normal exposure tetapi photographer tersebut mempunyai sebab kenapa dia menggunakan flash walaupun ketika mengambil gambar outdoor.

Pada flash yang mahal seperti Canon dan Nikon, terdapat 1 setting dimana ia dikenali sebagai slave iaitu hamba. Maksudnya, Flash ini akan blast jika terdapat satu cahaya terpancar daripada flash yang lain seperti built in flash pada body kamera. Setting ini sering digunakan photographer untuk melakukan teknik CLS ataupun nama panjangnya Creative Lighting System.


flash dari bawah


Penggunaan flash ini tidak terhad hanya untuk membantu photographer dalam menambah kecerahan gambar sahaja tetapi ia juga boleh membantu photographer dalam menambahkan kecantikan gambar seperti menambahkan mood kedalam gambar mengikut kreativiti photographer tersebut.
Pada flash ini juga terdapat 2 accessories tambahan iaitu bounce card dan diffuser.

 
bounce card yang putih tegak tu//diffuser cermin yang atas flash tu
Fungsi bounce card ini adalah untuk membouncekan cahaya flash ini jika photographer tidak mempunyai tempat bounce semulajadi. Sebagai contoh, jika photographer mengambil gambar didalam dewan yang syilingnya rendah, photographer itu boleh menggunakan syiling itu sebagai tempat untuk bounce flash namun jika syiling dewan itu tinggi maka photographer terpaksa menggunakan bounce card bagi membouncekan flash. Photographer yang Berjaya mengambil gambar menggunakan flash tanpa bayang merupakan photographer yang bagus.

STUDIO
Equipment yang penting dalam studio ialah : flash visatec solo 800B, softbox, light meter, backdrop. Beberapa orang daripada kami telah menjadi model dan En Fuad telah mengambil gambar kami menggunakan kamera Hasselblad namun kami masih menanti gambar tersebut. Hehe.


Thursday, October 9, 2014

Minggu ke 3 (Pembentangan Group 1)


Minggu ni tiba masa untuk kami sekelas mendengar pembentangan group 1 yang terdiri daripada Suhaimi,Hasnah dan Amir. Pembentangan mereka bertiga adalah tentang "PHOTOGRAPHY AND IT APPLICATIONS"

Suhaimi memulakan pembentangan dengan menerangkan jenis-jenis dan ciri-ciri kamera. Terdapat pelbagai jenis kamera, antaranya:

Film Camera
SLR, Viewfinder/Rangefinder Camera, Mirrorless Camera, Twin Lens Reflex Camera, Lomo Camera, View Camera
Digital Camera
Digital compact Camera
Instant Camera
Polaroid




Untuk Film Camera, kebanyakkannya akan menggunakan Celluloid Film sebagai Light Catcher Medium dan juga sebagai tempat simpan gambar dimana setiap gambar yang diambil menggunakan Film Camera akan merekod dan menyimpan gambar yang telah diambil. Terdapat pelbagai saiz film seperti Small format (35mm), Medium format (100-120mm) dan Large format. Namun begitu, Small format lebih digunakan dan lebih popular. Film yang telah digunakan akan di develop (cuci istilah kita) di dalam bilik yang gelap supaya film itu tidak terdedah kepada cahaya dan dengan menggunakan cecair kimia.

Celluloid Film




Untuk Digital camera pula,  Light Catcher Medium nya ialah Picture sensor yang dikenali sebagai Charge-coupled device (CCD)  atau Complementary Metal Oxide Silicon (CMOS). Gambar yang diambil menggunakan digital camera disimpan di dalam memory card seperti CF card, SD Card dan Micro SD.

CF Card, SD Card, dan Micro SD




Pembentangan seterusnya disambung oleh Pn Hasnah.

Pn Hasnah memulakan pembentangan beliau dengan menerangkan anatomi SLR camera dan menerangkan bagaimana SLR camera berfungsi.

Anatomi Camera




Terdapat 2 jenis film iaitu Positve film and Negative film:
Positive film kita boleh tengok film tersebut dan nampak gambar dan warna sebenar baju, pemandangan manakala bagi Negative film ia Cuma berwarna itam dan oren dimana pada wajah manusia dia berwarna putih(oren) jadi hitam dan untuk background hitam jadi putih(oren) atau dalam istilah mudahnya ialah colors inverted.
 
Atas : Negative Film
Bawah : Positive Film

Terdapat tips penting yang diberikan. Berikut merupakan cara untuk memegang Camera dengan betul:

Betul dan Salah
Cara yang betul



Seterusnya, Amir menamatkan pembentangan kumpulannya dengan menerangkan tentang exposure yang terdiri daripada beberapa elemen:
  •      Shutter Speed
  •      Aperture
  •      ISO


Disini merupakan ringkasan yang mungkin memudahkan lagi rakan-rakan untuk memahami konsep ketiga-tiga elemen dalam menghasilkan Exposure yang normal.


Sekian.

Tuesday, October 7, 2014

Kelas Khas bersama En. Fuad

Saya bersama beberapa orang lagi rakan sekelas telah membuat temujanji bersama En Fuad pada 21/9/2014 (Ahad) pada pukul 3-4 petang untuk belajar dengan lebih dekat tentang asas fotografi terutamanya untuk menggunakan DSLR dengan mode Manual aka Fully Manual.

Dalam kelas tersebut, En Fuad menerangkan tentang Menu asas yang terdapat pada DSLR jenis NIKON. Kemudian, En Fuad menerangkan kembali tentang penggunaan ISO, Shutter Speed dan Aperture. Setelah mahir tentang penggunaan 3 perkara asas dalam fotografi, kami diberi peluang untuk cuba mempraktikkan pembelajaran kami. Setelah berjaya untuk mendapatkan gambar yang mempunyai kecerahan normal, En Fuad memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan suatu gambar yang dapat menceritakan pada orang ramai motif gambar tersebut serta teknik-teknik untuk menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik.


Jutaan terima kasih kepada En Fuad kerana sanggup meluangkan masa mengajar kami walaupun percuma.