Monday, October 13, 2014

Minggu Ke 4






Kelas hari ini diteruskan lagi dengan kelas flash dan studio daripada En Fuad.

FLASH
Pertama sekali En. Fuad menerangkan tentang flash termasuk jenis-jenis flash namun En. Fuad menyarankan agar kami membeli flash daripada company pembuat kamera itu sendiri, contohnya Canon dan Nikon walaupun harganya agak mahal namun fungsi dan ketahanannya lebih bagus berbanding flash yang murah.

OK. Fungsi flash ini adalah untuk membantu photographer untuk menambahkan kecerahan kepada gambar yang ingin dihasilkan. Flash ini selalunya digunakan bagi tempat-tempat yang gelap seperti di dalam bilik dan di dalam dewan. Namun flash ini juga kadang kala digunakan bagi gambar outdoor walaupun tahap kecerahan outdoor mampu menghasilkan gambar yang normal exposure tetapi photographer tersebut mempunyai sebab kenapa dia menggunakan flash walaupun ketika mengambil gambar outdoor.

Pada flash yang mahal seperti Canon dan Nikon, terdapat 1 setting dimana ia dikenali sebagai slave iaitu hamba. Maksudnya, Flash ini akan blast jika terdapat satu cahaya terpancar daripada flash yang lain seperti built in flash pada body kamera. Setting ini sering digunakan photographer untuk melakukan teknik CLS ataupun nama panjangnya Creative Lighting System.


flash dari bawah


Penggunaan flash ini tidak terhad hanya untuk membantu photographer dalam menambah kecerahan gambar sahaja tetapi ia juga boleh membantu photographer dalam menambahkan kecantikan gambar seperti menambahkan mood kedalam gambar mengikut kreativiti photographer tersebut.
Pada flash ini juga terdapat 2 accessories tambahan iaitu bounce card dan diffuser.

 
bounce card yang putih tegak tu//diffuser cermin yang atas flash tu
Fungsi bounce card ini adalah untuk membouncekan cahaya flash ini jika photographer tidak mempunyai tempat bounce semulajadi. Sebagai contoh, jika photographer mengambil gambar didalam dewan yang syilingnya rendah, photographer itu boleh menggunakan syiling itu sebagai tempat untuk bounce flash namun jika syiling dewan itu tinggi maka photographer terpaksa menggunakan bounce card bagi membouncekan flash. Photographer yang Berjaya mengambil gambar menggunakan flash tanpa bayang merupakan photographer yang bagus.

STUDIO
Equipment yang penting dalam studio ialah : flash visatec solo 800B, softbox, light meter, backdrop. Beberapa orang daripada kami telah menjadi model dan En Fuad telah mengambil gambar kami menggunakan kamera Hasselblad namun kami masih menanti gambar tersebut. Hehe.


No comments:

Post a Comment