Tuesday, September 23, 2014

Minggu 2 (Suai Kenal dengan Kamera)

18/9/2014, UTM Johor Bahru
Minggu ni merupakan minggu untuk kumpulan pertama membuat perbentangan berdasarkan topik yang telah mereka pilih. Namun setelah tiba di kelas, Dr Shah tiba-tiba menyuruh kami semua untuk ke makmal fotografi yang mempunyai backdrop studio dan still life table.


Sepertimana didalam gambar di atas, terdapat beberapa jenis kamera ada di atas still life table tu. 



  • Pertama, Nikon FM2


Kamera Fully Manual yang menggunakan film(Kodak, Fujifilm, Agfa, Konica)


      •  Kodak = sesuai untuk skintone
      • Fujifilm = sesuai untuk landscape
      • Agfa = sesuai untuk peminat gambar warm
      • Konica = sesuai untuk menampakkan langit berwarna biru


  • Kedua, Nikon D1
Nikon D1


      • Diperkenalkan pada 15 Jun 1999
      • UTM satu2nya universiti yang memiliki Nikon D1 ni pada masa dulu
      • 2.7 megapixel dan 4.5 frames per second


  • Ketiga, latest DSLR 
Nikon D3100




  • Keempat, Hasselblad
Hasselblad


      • Kamera paling mahal yang pernah di beli. (hampir RM80k)
      • Tergamam dengan harga terus tak dengar penjelasan pasal kamera ni


  • Keenam, Twin Lens
Yashica Mat 124G (macam nama aku ja)


      • Satu lens untuk fokus satu lens untuk capture gambar
      • Tengok dari atas untuk amik gambar
      • Mat 124 dah macam tribute kat aku pulak.Nama aku Mat, lahir 12 April (saja cerita)
      • Ada sesiapa yang nak hadiahkan kat aku boleh cari kat LOMO-CREWZ.

Kemudian setelah kami diperkenalkan dengan kamera dari zaman aku belum lahir hingga sekarang, kami didedahkan pula dengan basic element of photography iaitu Shutter Speed, Aperture, ISO sensitiviy

  • Shutter Speed



Shutter speed ini ialah kepantasan bukaan tertingkap yang menutupi sensor (bagi digital camera) atau film (bagi kamera film). Contoh Shutter Speed yang laju ialah 1/1000 (nombor penyebut besar) dan speed yang slow ialah 1/2 (nombor penyebut kecil)Ini adalah kegunaan Shutter Speed
Faham?



  • Aperture


Aperture adalah lubang pada diafragma tempat berlalunya cahaya. Nilai aperture dibaca sebegini f/22, f/11, f/5.6, f/1.8, f/1.4. Semakin besar penyebut, semakin kecil bukaan kerana menurut matematik apabila penyebut besar, nilai pecahan tersebut ialah kecil. Sebagai contoh, 1/22=0.04545455 dan bagi 1/1.8=0.555556. Tengok bukaan aperture dibawah dan kesannya terhadap kedalaman medan fokus (depth of field)

Faham?




  • ISO Sensitivity

Bagi kamera SLR, ISO sensitivity ini merupakan tahap sensitivity film terhadap cahaya manakala bagi kamera DSLR pula, ISO sensitivity ini merupakan tahap sensitivity image sensor di dalam kamera. Nilai ISO sensitivity dibaca seperti ini: 100, 200, 400, 800, 1600. 

Fujifilm ISO 800


Kodak ISO 400


Agfa ISO 100


Konica ISO 400



Kalau anda perasan, ISO sensitivity ini meningkat sekali ganda dari nilai ISO sebelumnya. Jadi jika nilai maksimum ISO sensitivity anda di dalam kamera ialah 1600 dan kemudian Hi1 dan Hi2 ini bermakna Hi1 itu mewakili ISO 3200 dan Hi2 mewakili ISO 6400. Ini merupakan effek ISO pada gambar.


Faham?

P/S: ISO yang tinggi akan menyebabkan gambar anda akan noise/grain (kelimumur) pada gambar. Penggunaan ISO yang rendah akan menjadikan gambar anda CLEAR ibarat rambut tanpa kelimumur






Kesimpulannya, penggunaan shutter speed, aperture dan ISO sensitivity ini adalah untuk mengimbangkan tahap kecerahan gambar (Exposure). Terdapat 3 kategori kecerahan gambar iaitu under exposed, normal exposed dan over exposed


Faham?


Jutaan terima kasih kepada Cik Fuad kerana telah berkongsi ilmu dengan kami tentang kamera dan basic fotografi. Terima Kasih.



ni la Cik Fuad
Sekian. Adios


Credit to google diatas gambar2 anda yang sangat membantu.





Monday, September 22, 2014

Minggu 1 (Suai Kenal)


Assalamualaikum wbt
Hari Pertama ke kelas Visual Technology Production (MPPP1373) pada hari Khamis (11/09/2014) jam 4-7 petang.

Seperti kelas-kelas yang lain, kelas pertama bagi subjek ini lebih ditumpukan untuk bersuai kenal, membincangkan tentang "course outline", grading dan assignment. Terdapat 3 assignment yang perlu disiapkan dalam masa 1 semester, antaranya:

  1. Assignment 1: Digital Image Album (Individual Project)
  2. Assignment 2: Image Manipulation (Individual Project)
  3. Assignment 3: Graphics Design-Poster/Book Cover (Individual Project)

Selain daripada assignment, kami juga mempunyai satu Task (Presentation) dan satu Trip (Photo Shoot) yang telah dibincangkan semasa kelas pertama ini. Untuk menyempurnakan task yang diberikan, kami dipecahkan mengikut kumpulan dan diminta untuk memilih salah satu topik lecture mengikut minggu. Jadi group saya telah memilih topik pada minggu keempat iaitu:
  • Shooting Technique and Tips
    • Image Composition
    • Theme and Moods
    • Shooting Technique

Semasa membincangkan tempat untuk kami mengadakan Trip tersebut, pelbagai cadangan yang diutarakan dan undian telah dibuat bagi memilih cadangan terbaik. Keputusannya:

  • Lokasi: Sekitar bandar Melaka
  • Tarikh: 31 Oktober 2014
  • Masa: Sesudah subuh hingga sebelum subuh (dramatik sikit)

Kesimpulannya, Dr yang akan sentiasa bersama kami bagi kelas ini ialah 

            Nama: Dr. Shaharudin b Md Salleh
            Bilik :  C13-414
            Telefon: 07-5534482
            Emel : p-shah@utm.my


Inilah Dr Shah

Sunday, September 21, 2014

Background


Nama: Ahmad Fathur Rahman bin Hasmiy
Nombor Matrik: MPP141070

Latar Belakang
Berasal dari negeri nun jauh di utara, Perlis
 Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Emel
fathur.rahman44@gmail.com

Facebook
https://www.facebook.com/adthr