Kelas hari
ini diteruskan lagi dengan kelas flash dan studio daripada En Fuad.
FLASH
Pertama sekali
En. Fuad menerangkan tentang flash termasuk jenis-jenis flash namun En. Fuad
menyarankan agar kami membeli flash daripada company pembuat kamera itu
sendiri, contohnya Canon dan Nikon walaupun harganya agak mahal namun fungsi
dan ketahanannya lebih bagus berbanding flash yang murah.
OK. Fungsi
flash ini adalah untuk membantu photographer untuk menambahkan kecerahan kepada
gambar yang ingin dihasilkan. Flash ini selalunya digunakan bagi tempat-tempat
yang gelap seperti di dalam bilik dan di dalam dewan. Namun flash ini juga
kadang kala digunakan bagi gambar outdoor walaupun tahap kecerahan outdoor
mampu menghasilkan gambar yang normal exposure tetapi photographer tersebut
mempunyai sebab kenapa dia menggunakan flash walaupun ketika mengambil gambar
outdoor.
Pada flash
yang mahal seperti Canon dan Nikon, terdapat 1 setting dimana ia dikenali
sebagai slave iaitu hamba. Maksudnya, Flash ini akan blast jika terdapat satu
cahaya terpancar daripada flash yang lain seperti built in flash pada body
kamera. Setting ini sering digunakan photographer untuk melakukan teknik CLS
ataupun nama panjangnya Creative Lighting System.
![]() |
flash dari bawah |
Penggunaan flash
ini tidak terhad hanya untuk membantu photographer dalam menambah kecerahan
gambar sahaja tetapi ia juga boleh membantu photographer dalam menambahkan
kecantikan gambar seperti menambahkan mood kedalam gambar mengikut kreativiti
photographer tersebut.
Pada flash
ini juga terdapat 2 accessories tambahan iaitu bounce card dan diffuser.
Fungsi bounce
card ini adalah untuk membouncekan cahaya flash ini jika photographer tidak
mempunyai tempat bounce semulajadi. Sebagai contoh, jika photographer mengambil
gambar didalam dewan yang syilingnya rendah, photographer itu boleh menggunakan
syiling itu sebagai tempat untuk bounce flash namun jika syiling dewan itu
tinggi maka photographer terpaksa menggunakan bounce card bagi membouncekan
flash. Photographer yang Berjaya mengambil gambar menggunakan flash tanpa bayang
merupakan photographer yang bagus.
STUDIO
Equipment yang
penting dalam studio ialah : flash visatec solo 800B, softbox, light meter,
backdrop. Beberapa orang daripada kami telah menjadi model dan En Fuad telah
mengambil gambar kami menggunakan kamera Hasselblad namun kami masih menanti
gambar tersebut. Hehe.